Nasi Kukus Ayam Dara Goreng Berempah!!
Sajian Istimewa... Lailyz Small Kitchen
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.π
Selamat datang ke blog Lailyz Small Kitchen. Di sini kami paparkan sedikit perkongsian tentang perniagaan kami untuk makluman semua di mana saja anda berada. Semoga inspirasi daripada kami ini menceriakan hari-hari yang anda lalui..
JOM MAKAN SAMPAI HONGEH!!!
Lailyz Small Kitchen adalah nama perniagaan yang diusahakan oleh Encik Mohd Azhari b. Abdullah bersama pasangannya Puan Roslaily Ramly. Menu istimewa yang ditawarkan kepada pelanggan di gerai ialah 'Nasi Kukus Ayam Dara Goreng Berempah' (NKAD) manakala untuk tempahan katering pula, variasi pilihan (selain NKAD) seperti Nasi Tomato, Nasi Lemak, aneka bubur dan kuih muih boleh ditempah.
Keistimewaan menu utama Lailyz Small Kitchen, Nasi Kukus Ayam Dara Goreng Berempah terletak pada cara penyediaan bahan-bahan dan cara masakannya yang teratur. Kukusan beras & air yang seimbang menghasilkan nasi yang lembut dan tidak melekit apabilla dimakan. Bertambah harum bau dan aromanya bila ianya dihidangkan beralas daun pisang.
Manakala daging ayam pula ialah daging ayam dara yg segar dan dipotong besar. Kemudiannya diperap menggunakan 8 jenis rempah ratus terpilih yg berkualiti. Perapan ayam & rempah yang lama memastikan semua ramuan sebati dan menyerap ke dalam seluruh kepingan ayamπ. Hasilnya menjanjikan rasa yang enak ditambah dengan haruman segar serai dan daun kari, yang pasti membuka selera siapa saja apabila perapan ayam dara ini digoreng dalam minyak yang berkualiti. Rasa ayam dara goreng berempah yang 'maveles' ini, tidak dapat digambarkan pada sesiapa yang belum mencubanya..
Rasa sekali dijamin nak lagi....!!
|
Ayam Dara Goreng Berempah Laily Nasi Kukus Maveles |
Anda boleh mendapatkan Laily Nasi Kukus Ayam Dara Goreng Berempah yang 'maveles' ini dari gerai kami. Setiap bungkusan anda akan menikmati semangkuk nasi kukus, sekeping potongan ayam dara goreng berempah (anda boleh pilih bahagian yang anda sukalah..π), kuah kari 'maveles', hirisan timun dan semestinya sambal belacan 'omak' yg torrbaikk..!!
Jemputlah bertandang ke gerai kami ya..!!π»π»π»
|
Gerai Laily Nasi Kukus Ayam Dara Goreng Berempah |
Lokasi : Jalan Ikhlas 4, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan Lailyz Small Kitchen :
ISNIN - JUMAAT : 12.30 pm - 8.30 pm (gerai & lunch box)
SABTU & AHAD : Tempahan/Katering
CALL / WHATSAPP / SMS : >>>>>>>> 018 281 4663 (LAILY)
CALL / WHATSAPP / SMS : >>>>>>>> 018 281 4663 (LAILY)
CALL / WHATSAPP / SMS : >>>>>>>> 018 281 4663 (LAILY)
( ** untuk sebarang pertanyaan & tempahan )